terjumpa gambar tahun 80-an pekan Kangar.. wooohhh. Aku ingat lagi masa ni, zaman-zaman budak hingusan hijau lagi kot. Time ni naik gerek (basikal) p sekolah.. dan time ni juga p Tadika masuk kot pintu tak sampai sepuluh minit keluar kot tingkap.. balik rumah. kah kah kah. Bas merah-oren tu aku tak pernah naik rasanya.. time yang aku ingat aku naik bas HBR ja..
tapi sejak 20 tahun kebelakangan ni banyak perubahan.. dah membangun. Tapi masih ada suara-suara tercekik tulang yang mengatakan Perlis tidak membangun, Perlis negeri termiskin dan sebagainya.. Lantak la mulut orang, bukan buleh buh solek.. kunci. Janji family aku, saudara mara aku.. kawan-kawan aku yang sama membesar cukup makan.. bukan setakat cukup dah terlebih makan pun ada.. cuma yang kekal dalam gambar tu hanya tokong cina sebelah kanan gambar. Stesyen Bas ngan Teksi kawasan tu dah jadi kawasan bangunan kedai. Aku rasa tahun 90-an dah naik bangunan kat situ.
La ni kalau nak jumpa bas pun susah. Masing-masing dah ada kenderaan sendiri. Masa bulan puasa haritu aku naik teksi, tanya pakcik teksi bas pukul bapa. Dibalasnya "dik, pakcik pun tak tau.. kadang-kadang sehari 3 kali depa p Kaki Bukit - Padang Besaq, tapi kadang-kadang tu sekali saja.." kesian pada pengguna setia kenderaan awam.
Sebenarnya daif juga sistem pengangkutan awam di negara kita.. tak sistematik. Langsung tidak mementingkan masa! Especially bas. Bukan sahaja di Perlis malah di negeri-negeri lain.. tapi aku suka dengan sistem pengangkutan awam di Putrajaya.. kui3.. sistematik sekali.. cubalah. Nanti aku cita.

3 carut marut yg sedap didengar~:
Salam
Itu yg tak suka sebenarnya..
Suka lagi cara dulu..
Sayanye tempat pon dah camtu..
Sadis sgt.. #OOops.. Tp kenyataan camtu.. ngat semua org ada kereta kot.. haish.
BTW follow here..
Hope hit me back.. Thanks
Jom book seekor arnab.. Leh jadi ur pet..:)
mana jumpe..haha mcm sesak jugak
Post a Comment