Saturday, December 31, 2011

Suka Duka 2011

Tahun 2011 akan melabuhkan tirainya tak sampai 24 jam sahaja lagi. Pejam celik dah nak masuk 2012 no.. aiya.. azam tahun 2011 apa yang tercapai? banyak juga la.. neh aku nak share sikit apa yang berlaku pada tahun 2011 serba sedikit.. kalau nak recap balik semua.. jenuh nak ingat balik. keh keh keh.

KEJAYAAN

Alhamdulillah.. tahun 2011 dipermudahkan oleh-Nya untuk naik atas pentas bersama-sama rakan seperjuangan untuk menerima Ijazah Sarjana. Mengembalikan kenangan tahun 2009 semasa mengambil skrol Ijazah Sarjana Muda.. tapi masa degree dulu macam best lagi sebab ramai kawan-kawan yang konvo bersama.. Tapi untuk master ni tak ramai sangat.. Tapi tetap enjoy!Alhamdulillah segala pahit manis dapat dilalui dengan lancar. Tak sangka rupanya susah juga nak buat master ni..

bersama photographer rasmi.. Jang 

JALAN-JALAN

Tahun 2011 banyak juga travel.. maksud aku travel ni yang memerlukan perancangan dan pengeluaran wang yang agak banyak.. kiranya ada perincian perbelanjaan dan perincian perjalanan.

dapat merasa g Padang, Bukit Tinggi dan kawasan-kawasan di Sumatera Barat Indonesia. Terima Kasih sahabatku Diah kerana banyak membantu dari segi tempat tinggal dan kenderaan serta makan! fuuuhhh! 

pantai Malin Kundang jadi batu
lepas balik dari Indonesia bulan Februari terus beli tiket flight ke Kuching dan Kota Kinabalu bulan Mac.. memang keja gila.. dalam masa 3 hari 2 malam melawat Bandar Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu Sabah.

meow! meow!
Kampung Warisan, Sabah
lepas balik Sabah Sarawak pulun buat thesis.. konon-konon jalan-jalan ni nak refresh kepala otak la.. kah-kah.. buat thesis pulun tak sangga-sangga.. Alhamdulillah settle bulan Mei. Viva, edit then submit terus buat perancangan ke Langkawi.. *tak dak kawasan lain kan? keh keh keh

g bulan Jun sempena bufday aku.. keh3 12 Jun *ada manis dan pahit disini
balik dari Langkawi dok rumah.. rest sampai raya puasa.. pastu sambung balik travel.. family trip kali ni.. cuma abang aku yang dok Penang dan kak aku yang dok Bertam ja tak follow.. sekolah..

berkelah sampai ke Poring, Sabah!

KELUARGA

bertambah ahli keluarga baru dalam keluarga Tok At dan Tok Yang.. abang aku Mr Lawyer yang kawen. Sekarang ni dalam family aku yang masih single.. tinggal aku je la.. ada sapa-sapa nak? lelong-lelong!

majlis perkahwinan masa time cuti raya cina biru kelaut temanya~

dah kawen, mengandung, pastu beranak la.. tambah lagi sorang anak sedara =) semuanya sekarang ni 9 a.k.a sembilan semuanya.. hehehe.. 

Nawfal.. dilahirkan pada bulan Oktober
itulah serba sedikit mengenai KEJAYAAN, FAMILY dan JALAN-JALAN.. 
untuk tahun 2012 azam aku.. nak sambung belajar ke peringkat seterusnya dan mendapat pekerjaan yang lebih baik.. mudah-mudahan ;)

3 carut marut yg sedap didengar~:

yana lyana said...

bukak buku baru..semoga yang wow menanti di depan..hehe..

happy new year :)

Awie Omar said...

Assalamualaikum / selamat sejahtera
Terima kasih sebab sudi follow blog AWIEOMAR
dan sudah tentunya saya dah follow blog
saudara yang amat menarik perhatian ini.
Ada tak baca entri yang saya post di bawah ni?
http://awieomar.blogspot.com/2011/04/next-top-blogger-pengenalan.html
Niat sebenarnya nak pelawa saudara
untuk menyertainya. Harap sudilah turut serta.
Kalau sudi nak jadi peserta - maklumkan saja di ruang komen
entri kamu di sini (saya akan tengok balik)
atau komen saja di blog saya.
Jika tak nak pun takpe. Maklumkan macam tadi jugak.
Atau kalau tak nak maklum balas pun tak
mengapa - saya anggap kamu tidak mahu menyertainya
selepas dua hari mesej ini di kirim.
Anyway, terima kasih kerana habiskan baca.
Saya akan tunggu keputusan anda. PEACE.

red said...

wahhh... dh berjaya habiskan master... aku ni masih terkontang kanting lg buat thesis... asyik extend jer... neway, heppy new year

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...