Bagi pelajar universiti yang ingin menamatkan pengajiannya terpaksa hadap satu tugasan besar sebelum naik atas pentas dengan bangganya memakai baju kemeja Seed, seluar dockers dan kasut clarks serta tie baru.. disarungkan pula dengan jubah universiti ala-ala Herry Porter versi Malaysia.. pergh!! sapa tak nak kan.. belajar punya bertahun, itulah kepuasan yang kita nak.. atau dalam kata lain klimaks pengajian.. boleh?
hujung-hujung sem la pakat pulun nak siapkan thesis, paper projek, latihan ilmiah lebih kurang macam tu la yang memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang besar dalam menyiapkannya.. kenapa aku cakap macam tu? dari pengalaman aku la.. masa buat thesis master.
Pengorbanan masa dan wang ringgit:
- Masa - yelah.. kena korban masa tidor masa makan, main, masa untuk joli hiburan.. dan kadang-kadang masa untuk nak mandi dan buang air pun terpaksa dikorbankan.. tapi jangan pulak korbankan masa wajib ya! pengorbanan masa ni selalunya pada waktu-waktu genting.. sebab selalunya kita akan buat last minit.. esok nak hantar dua hari sebelum baru nak tengok itu ini.. tak cukup time tulah nak g pustakaan.. sampai pustakaan nak tutup pun kita marah. Punyalah bersemangat.
- $$$$$$$ (Wang Ringgit) - keluarkan wang ringgit untuk upah cerdik pandai untuk siapkan thesis.. boleh? kah kah kah.. terkantoi baru padan muka. Bila nak terkantoi? masa VIVA nanti.. tapi untuk wang ringgit ni maskud aku kena korbankan la nak fotokopi bahan, print bahan, beli ink dan sebagainya.. pastu kalau agak malas kenala upah orang edar soalan soal selidik ngan analyze data.. tak gitu? ngeh3.. ala.. rokok dok hisap hari-hari boleh beli.. wayang, karok boleh tiap-tiap minggu takkan la nak spend duit buat thesis tak boleh kan.. 3 tahun sekali ja nak berhabis banyak ;)
Kesabaran:
ya! kesabaran untuk menunggu supervisor kita semak thesis kita sebelum kita ke peringkat seterunya.. ingat! supervisor kita tu bukan tengok thesis kita sorang ja, belunggok lagi thesis orang lain dia nak baca.. degree, master, PhD.. jadi kena tunggu 'Q'. Yang ni memang menjadi masalah bagi student, sebab penyelia lambat bagi balik draf thesis.. kadang-kadang makan dua tiga minggu.. kalau bab macam ni kita sebagai student kena pandai manage time la.. sapa suruh buat lambat. Lain kali buat awal-awal. Start dari awal semester cari tajuk segala bagai.. bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.. ngeh3
ada gak kes [bukan aku punya pengalaman].. kadang-kadang sampai tahap bila sms kat supervisor.. "Prof/Dr thesis saya dah baca?" direply "Owh, hilang.. datang bagi balik bab satu sampai bab tiga" kah kah kah.. kes besar ni.. yang ni kita sebagai student kena cari penyelesaian.. mungkin p tolong cari perangkap tikus atau ubat tikus.. Mungkin draf bab dalam thesis kita dimakan dek tikus.. keh keh keh.
bila dah siap semuanya.. final draf pun dah Ok. Apa tunggu lagi.. p lah VIVA dengan gembira.. tapi kebanyakan yang keluar ada yang menangis, muka masam mencuka.. sebab kena bantai time VIVA.. macam aku.. kah kah kah.. tapi aku still relaks.. cool beb! buat la apa yang disuruh selepas VIVA.. baiki apa yang patut..
yang penting! jangan berputus asa.. putus cinta tak pa time thesis.. woooh! ingat tak dak ka? sebab BF/GF buat thesis nak putus cinta.. motif? tak boleh dating, GF/BF sibuk buat thesis.. bagus! pengorbanan ni.. last-last tak siap.. sebab? lepas putus cinta tangkap lentok fed up sebab tak dak orang nak bagi semangat.. ceh. Ingat rakan, keluarga berada disisi anda dan sentiasa memberikan sokongan jitu!


1 carut marut yg sedap didengar~:
tu la pengorbanan yg setiap pelajar harus lalui.. :)
Post a Comment